Semalam (Ahad, 27.10.2013) MB Besar Pahang DSD Adnan Yaakob telah mengadakan lawatan sehari ke Kg. Pagi dalam mukim Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.Lawatan sehari beliau dipenuhi berbagai acara yang diatur bersama oleh masyarakat kampong berkenaan.
DSD Adnan Yaakob tiba di Persona Resort, Kuala Tahan dari Jerantut dan kemudiannya diiringi oleh YB Adun Tahan menaiki kendeaan pacuan 4 roda ke Kg. Pagi untuk meninjau kemajuan perojek jalan berkenaan.
Setibanya di Kg Pagi, rombongan dijamu dengan makan tengahari oleh penduduk kampong. Beliau kemudiannya berucap kepada lebih 400 orang penduduk kampong serta jemputan diikuti dengan sidang akhbar.
DSD Adnan Yaakob dalam ucapannya mengumumkan bahawa 60% dari projek jalan dari Kg Tuit ke Kg Pagi siap dalam pembinaan. Beliau juga menyatakan rangkaian jalan dari Jerantut ke Sungai Lembing juga ada dalam perancangan kerajaan. Pembinaan itu kelak akan memberikan lebih limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan namun dalam masa sama penduduk harus lebih bersedia dengan arus pembangunan.
Selain itu MB juga mengumumkan projek pembinaan rumah PR1MA Pahang dan PR1MA Malaysia akan dibina ditapak yang sudah dikenalpasti bagi. Namun yang lebih menggembirakan penduduk Kg Pagi adalah pengumuman MB meluluskan seluas 450 ekar tanah untuk program tanah berkelompok kepada penduduk Kg Pagi dan sekitarnya.

DSD Adnan kemudiannya meresmikan bangunan 'Inap Desa' yang dibina oleh PKNP sebelum melawat kawasan perlindungan ikan di Sungai Pengau. Beliau sempat memberi makan ikan-ikan berkenaan dan menebar jalan serta melepaskan benih-benih ikan sebelum bertolak balik ke Kuala Tahan dengan menaiki bot.
Lawatan sehari MB Pahang ke Kampong Pagi ternyata sangat menggembirakan penduduk-penduduk kampong berkenaan dan sekitarnya yang selama ini terasa dipinggirkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor