Pages

Wednesday, October 16, 2013

LEBIH 3 RIBU SOLAT RAYA BERSAMA SULTAN PAHANG


KUANTAN 15 Okt. - Hari Raya Aidiladha di sambut sederhana tetapi meriah di bandar ini dengan kehadiran lebih 3,000 umat Islam bersama dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 semalam.

Sultan Ahmad Shah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Solat sunat itu diimamkan oleh Imam 1 masjid berkenaan, Mohd. Khalil Mohd. Zari manakala khutbahnya disampaikan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Abdul Rahman dalam khutbah Aidiladha antara lain menyeru masyarakat supaya terus memupuk perpaduan dan kerjasama erat tanpa mengira pangkat, usia dan bangsa bagi memastikan keamanan negara dikecapi.

Umat Islam katanya, perlu menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredaan Allah.

Selepas selesai menunaikan solat, baginda bertiga meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.

Cuaca baik sepanjang hari digunakan sepenuhnya oleh umat Islam di negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor