KUANTAN- Konflik yang tercetus antara pengusaha bot nelayan tempatan dengan bot pukat tunda nelayan asing dipercayai dari Vietnam berlanjutan apabila ada nelayan mendakwa kira-kira 50 buah bot yang menggunakan permit terpakai itu kini menguasai kawasan perairan kira-kira 40 batu nautika dari Kuantan.
Mereka turut mendakwa, beberapa bot nelayan tempatan yang berada di kawasan itu turut dihalau pagi semalam.
Susulan maklumat yang diterima dari nelayan terbabit, rata-rata pengusaha bot di sini bersama awak-awak takut untuk turun ke laut kerana bimbang ancaman ‘samseng’ dari nelayan asing itu.
Pengusaha bot, Abdul Rahim Abdul Rahman, 49 berkata, kira-kira 2,000 bot di kawasan ini terpaksa berlabuh di jeti memandangkan mereka bimbang untuk turun ke laut selepas turut berdepan ancaman sama, kelmarin.
Menurutnya, pengusaha bot kini terhimpit kerana kegagalan mereka ke laut menangkap ikan akan menjejaskan awak-awak selain menanggung kerugian yang agak besar setiap hari.
“Setiap hari pemilik bot terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM5,000 termasuk ais dan keperluan lain bagi setiap bot termasuk wang poket awak-awak.
“Berapa lama kami harus bertahan dalam keadaan ini sedangkan mereka (bot nelayan asing) menguasai kawasan perairan kita dan mengaut segala hasil,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perikanan di jeti nelayan Tanjung Api di sini, semalam.
Abdul Rahim berkata, nelayan dinasihatkan oleh Pihak Jabatan Perikanan supaya tidak turun ke laut bagi mengelakkan berlaku pertembungan dengan bot nelayan Vietnam terbabit.
“Memang kami takut untuk turun ke laut sekarang namun sampai bila kami terpaksa berada dalam keadaan ini.
“Ini bukan melibatkan satu atau dua bot sebaliknya hampir 2,000 membabitkan kira-kira 3,500 nelayan yang terjejas,” katanya.
Beliau berkata, hasil perbincangan semalam, mereka sepakat untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian tersebut.
“Kita juga akan susuli dengan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendesak agar tindakan segera diambil bagi menangani masalah bot nelayan asing yang kini semakin berani menindas dan mengancam nelayan tempatan.
“Kita minta agensi berkaitan terutamanya Maritim Malaysia supaya ambil langkah proaktif dan bekerjasama dengan nelayan bagi mengatasi masalah tersebut.
“Mereka cukup licik dan menggunakan pelbagai taktik untuk mengelabui mata pihak berkuasa termasuk penggunaan bot klon dan berkemungkinan berjaya mengesan kehadiran pihak berkuasa menggunakan alat komunikasi tertentu,” katanya.
Menurutnya, kesabaran nelayan ada hadnya kerana masalah itu berlanjutan sejak sekian lama.
“Jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa dalam tempoh dua tiga hari ini, kami mengambil keputusan untuk bertindak sendiri.
“Kita akan kerahkan seluruh nelayan dari Kemaman hingga Endau, Rompin bersama 1,000 bot ke perairan itu untuk berdepan dengan mereka,” katanya.
Kira-kira 200 nelayan hadir dalam perbincangan itu semalam sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah hari.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 8 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata, kes berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pemberian lesen menangkap ikan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lengkap mengenainya.

Katanya, Maritim akan mengadakan sidang media dalam minggu ini bagi menjelaskan isu berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor