KUANTAN - Lebih 3,500 nelayan di daerah ini bimbang untuk ke laut mencari rezeki berikutan ugutan dengan senjata api yang diterima daripada nelayan asing hari ini.
Kejadian berlaku pukul 10 pagi ini apabila sekumpulan 24 nelayan bot tempatan ternampak sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam menaikkan pukat mereka kira-kira 44 batu nautika (81.4 kilometer) dari perairan Tanjung Api.
Salah seorang nelayan, Che Ghazaib Che Man, 48, memberitahu, tindakan mereka menghalang nelayan asing itu daripada berbuat demikian menyebabkan bot mereka cuba dilanggar.
"Bot nelayan asing itu lebih besar daripada bot kami. Semasa kami cuba menghalang, mereka menunjukkan senjata seperti pistol dan cuba mengejar untuk melanggar bot sehingga memaksa kami meninggalkan perairan itu," katanya yang mengemudi bot berkenaan ketika ditemui pemberita di sini.
Menurutnya, beliau segera menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan rakan di jeti menggunakan radio untuk memaklumkan kejadian itu.
Rakannya, Abd. Rahman Abd. Rahim, 49, pula berkata, selepas menerima maklumat daripada Che Ghazaib, beliau segera memaklumkan kepada rakan-rakan nelayan untuk memberi bantuan.
"Kira-kira 20 buah bot nelayan berhampiran segera ke lokasi kejadian sejam kemudian dan mendapati sebanyak 26 bot nelayan asing sedang berkawal di situ.
"Kami tekad bersatu menghalau bot-bot nelayan asing itu namun mereka pula cuba bertindak merempuh bot nelayan tempatan yang jauh lebih kecil daripada bot mereka.
"Kami terpaksa berpatah balik ke jeti kerana bimbangkan keselamatan dan ancaman mereka," katanya sambil mendakwa semua pukat dan hasil tangkapan nelayan tempatan dirampas oleh nelayan asing.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pahang, Saodi Mahusin berkata, pihaknya kecewa kerana agensi penguatkuasaan terbabit agak lewat ke tempat kejadian walaupun sudah dimaklumkan.
"Kejadian yang pertama kali berlaku ini menyebabkan nelayan tempatan bimbang untuk ke laut kerana menerima ancaman daripada nelayan asing.
"Seperti apa dimaklumkan, bot-bot asing itu menaikkan semua pukat milik nelayan tempatan dan merosakkan terumbu karang yang menjadi tempat ikan membiak," katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa mengambil langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini kerana melibatkan keselamatan nelayan tempatan.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor