Tindakan terhadap pengusaha resort di Sedili yang membenarkan surau kawasan penginapan menjadi tempat ritual keagamaan selain Islam akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri dalam tempoh terdekat.
Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin berkata, siasatan lebih mendalam akan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor namun beliau menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan masyarakat perlu sedia maklum bahawa masjid, surau atau musala hanya boleh 'dihidupkan' oleh orang Islam.
"Dalam al-Quran, Allah menerusi surah at-Taubah berfirman sedemikian dan bukan sebaliknya, itu jelas dan tidak perlu dinafikan. Berdasarkan tinjauan, terdapat banyak keraguan dari segi reka bentuk surau ini iaitu kedudukan arah kiblat yang lari dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Tanah Haram di Mekah.
"Kita ada enakmen dan undang-undang, jangan lekeh dan hina Perlembagaan di Malaysia. Perkara yang berlaku ini jelas menghina kesucian agama Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut di surau dalam kawasan resort di Kampung Sedili Besar hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.
Kelmarin, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.
Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat Asar.
Sementara itu, Nooh berkata, individu yang melakukan perbuatan membenarkan agama lain menggunakan surau atau masjid berisiko terkeluar daripada Islam jika sedar perbuatannya salah namun masih memberi kebenaran.
"Jika mereka sedar perbuatan itu salah namun tidak berniat untuk mempersenda Islam, hukumnya berdosa besar dan perlu bertaubat. Berdasarkan pemerhatian saya tulisan serta ayat al-Quran yang digantung dalam kawasan surau ini turut mempunyai kesilapan serta keraguan. Ini jelas mencemar, menghina, malah mencabar umat Islam.
"Mereka perlu faham dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi selain sultan sebagai ketua agama. Memang kita masih boleh bertolak ansur tetapi sarang tebuan jangan dijolok, yang salah tetap salah dan akan menerima hukuman mengikut undang-undang," tegasnya.
Sementara itu, pihak pengurusan resort yang dikaitkan dengan isu surau dijadikan tempat ritual keagamaan bukan Islam di Sedili Besar di sini, mengakui memberi kebenaran kepada sekumpulan 13 individu yang dipercayai penganut Buddha dari Singapura menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan meditasi.
Pengurusnya, Syed Ahmad Alkaff berkata, rombongan terbabit pada mulanya meminta pihak pengurusan menyediakan sebuah dewan atau ruang kosong untuk kegunaan mereka mengadakan upacara meditasi atau ritual keagamaan.
"Bagaimanapun, kebetulan dewan di resort semuanya penuh dan kami membenarkan mereka menggunakan surau di sini memandangkan upacara ritual itu bersifat sementara.
"Namun, setelah mendapat tahu mereka membawa masuk peralatan dan kelengkapan sembahyang secara senyap tanpa pengetahuan kami ke dalam surau, kami telah mengarahkan upacara itu dihentikan dan membawa keluar semua barang-barang tersebut," katanya.

Azeez Rahim Chairman Tabung Haji perguna nama Tun Mahathir untuk diletakkan di Tabung Haji. Jangan jual nama Tun M, keling macam Azeez Rahim penyamun tak sama dengan Tun Mahathir. Lingkup lah tabung haji kalau dibiarkan Azeez Rahim terajui Tabung Haji.
ReplyDelete