Pages

Thursday, August 15, 2013

JPJ BANTU PENDUDUK MILIKI LESEN



JERANTUT - Golongan belia, warga emas dan Orang Asli di kawasan luar bandar dan pedalaman akan dibantu memiliki lesen memandu di bawah program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJPJ) menerusi sesi latihan dan pengujian yang sistematik.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Arifin Che Mat berkata, sejak dilancarkan 2009 lalu, mereka yang buta huruf diberi peluang mengikuti ujian dengan dibimbing oleh pegawai JPJ.

"Sehingga kini sebanyak enam juta orang berusia 18 tahun ke atas terdiri daripada belia, warga emas dan Orang Asli yang layak memiliki lesen, tetapi masih belum berbuat demikian berikutan kebanyakan mereka menggunakan motosikal di jalan raya tanpa mempunyai lesen memandu.

"Kita memberi keselesaan untuk mereka mendapatkan lesen, tetapi perlu menjalani ujian lebih mudah mengenai peraturan jalan raya dan pemanduan sekali gus mengurangkan kecelakaan membabitkan golongan berkenaan di jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan penutupan program SKSJPJ anjuran JPJ negeri di Kampung Damak di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man; Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ Pahang, Mohamat Johari Mat Nor dan Ketua Penguat kuasa Cawangan JPJ Raub, Dasiman Mat Zain.

Menurut Arifin, penduduk dalam kalangan usia berkenaan termasuk Orang Asli yang buta huruf tidak perlu merasa rendah diri mendapatkan lesen tersebut kerana JPJ mempunyai mekanisme pengujian dan latihan yang lebih selesa.

"Program itu membuktikan keprihatinan pengurusan JPJ membantu penduduk tersebut memiliki lesen P yang sah di samping menerapkan pengetahuan tentang peraturan jalan raya dalam mengurangkan kemalangan membabitkan pemilik kenderaan tidak berlesen," ujarnya.

Katanya, sejak dilancarkan sebanyak 128 program itu dijalankan di seluruh negara melibatkan 54,329 calon berjaya memiliki lesen P.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor