Pages

Wednesday, July 17, 2013

Tuduhan Dato Shahaniza Dalang Pencerobohan Hutan Simpan Di Maran tidak berasas.

Portal Pahang Daily Online(PDO) telah membuat tuduhan liar berkaitan isu pencerobohan kawasan Hutan Simpan di daerah Maran dengan menuduh Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Shahaniza Shamsudin merupakan dalang atau orang di sebalik tabir pencerobohan berkenaan.

Portal yang dikendalikan oleh blogger 'gila glamer' yang menamakan dirinya Cucu Mat Kilau itu telah membangkitkan isu ini. Sila baca di sini.

Sebagai portal yang dikendalikan oleh blogger, PDO tidak mempunyai kredibiliti dalam perwartaan mereka. CMK atau admin yang lain tidak terlatih secara formal sebagai wartawan.

Portal itu hanya di gunakan untuk menabur fitnah dan mewujudkan persepsi bahawa pemimpin BN Pahang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas apabila PDO menggunakan perkataan sensasi seperti 'heboh diperkatakan', 'mendalangi pencerobohan', 'menjual nama pemimpin berkenaan' dan 'tidak ada pihak berani menghalang kerana dilindungi pemimpin terbabit.'

Semua kenyataan keras mereka ini tidak disertakan dengan bukti, menandakan bahawa cerita ini hanya layak jadi cerita kedai kopi dengan berniat jahat memfitnah pemimpin berkenaan. PDO boleh disaman fitnah dengan cubaan merosakan nama baik pemimpin berkenaan. Namun mengenali perwatakan CMK yang suka mencari publisiti murahan, ternyata CMK dan PDO bukan lawan seorang pemimpin.

Fakta yang sebenarnya adalah, pencerobohan ini berlaku sebelum Dato' Shahaniza menjadi exco lagi. Sebaik berita ini menjadi sensasi, pihak berkuasa seperti Jabatan Hutan Pahang sudah mula menyiasat. Kita percaya tindakan selanjutnya akan diambil membawa pesalah kemuka pengadilan sebaik siasatan selesai.

UMNO cawangan dari bahagian Maran sendiri membuat laporan polis terhadap pencerobohan ini. Cawanagn berkenaan merupakan dalam kawasan DUN Kuala Sentul di mana  Dato' Shahaniza sendiri merupakan ADUnnya. Jika beliau mendalangi dan melindungi penceroboh, lojiknya Dato' Shahaniza akan menghalang laporan polis itu dibuat kerana akan membuka pekong di dadanya.

Dengan tuduhan yang seliar itu, PDO dicabar menyediakan bukti yang kukuh bahawa pemimpin berkenaan benar-benar terlibat. Jika PDO gagal membuktikan tuduhan liarnya, sewajar pembaca membangkulsampahkan cerita dongengnya.








No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor