Pages

Wednesday, June 5, 2013

WANITA HINA AGONG DITAHAN - SKMM


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menahan seorang wanita kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan oleh suruhanjaya itu, suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

"Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook-nya," menurut kenyataan berkenaan.

“Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.

Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog ‘Whats Up Brades’.

Menurut kenyataan itu, SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja.
SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor