Pages

Monday, June 10, 2013

RED BEAN ARMY DIGEMPUR POLIS


RED Bean Army iaitu tentera siber yang dikatakan upahan DAP mula panik. Identiti mereka dikatakan sudah dikenal pasti satu persatu oleh pihak berkuasa.

Tindakan tentera siber ini yang menghasut rakyat melalui pelbagai siri pembohongan dan fitnah menerusi laman-laman sosial dan internet bakal sampai di penghujung. Tindakan di bawah Akta Hasutan bakal dihadapi mereka jika mereka tertangkap.

Ekoran itu, individu-individu yang terlibat dalam pasukan ini mula kehilangan arah dan saling ugut mengugut antara satu sama lain kerana mengelak identiti mereka didedah rakan.

Pada masa yang sama DAP yang selama ini dikatakan memayungi mereka mula lepas tangan dan enggan mengaku bahawa merekalah yang merekrut tentera terbabit untuk memastikan kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Panik dengan situasi sekarang, Red Bean Army mula bertindak di luar batasan. Ugutan rogol dan bunuh ke atas individu yang dipercayai boleh menjejaskan kedudukan pasukan tentera itu mula kedengaran.

Malahan Red Bean Army semakin bersikap 'kurang ajar' dengan mencabar Menteri Dalam Negeri serta pihak berkuasa, memperlekehkan Raja-raja Melayu dan kedudukan agama Islam serta sanggup bertindak di luar batasan jika perlu.

Bimbang dengan situasi ini, DAP cuba menafikan penglibatan parti itu dengan Red Bean Army dengan mendakwa ia sebagai konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama parti itu juga kelihatan panik dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat.

Apakah ugutan bunuh yang diterima oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam juga ada kaitan dengan Red Bean Army?

DAP boleh sahaja menafikan penglibatan mereka dalam Red Bean Army tetapi parti itu juga sewajarnya memberi penjelasan berhubung cadangan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang mahu merekrut anak-anak muda Cina, berpendidikan dan ahli DAP sebagai petugas tetap di dewan undangan negeri itu.

Kini Red Bean Army ibarat anak ayam kehilangan ibu selepas DAP mula bersikap lepas tangan. Malang sungguh nasib mereka kerana Red Bean Army kini dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri.

Pendedahan terbuka oleh anggota kumpulan Red Bean Army sendiri menyebabkan mereka mula kepanasan dan kepanasan itu akan membuatkan cacing-cacing berkenaan yang selama ini berselindung di dasar tanah akan timbul ke permukaan dengan sendiri.

1 comment:

  1. Red Bean adalah DAP komunis dan Keristian. Jaga jaga orang Melayu jangan termakan tipu hasutan orang kafir lahanat ni.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor