Pages

Monday, June 3, 2013

OKU Dan Warga Emas Naik Percuma RapidKuantan



KUANTAN - Orang kurang upaya (OKU) dan warga emas terus menikmati perkhidmatan percuma bas RapidKuantan apabila mereka diminta memohon kad konsesi MyRapid yang dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB).

Ketua Pegawai Operasinya, Zainurul Hakim berkata, semua permohonan tersebut boleh dilakukan di kaunter disediakan di tingkat 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Jelasnya, terdapat tiga kumpulan yang layak iaitu warga emas, OKU dan pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun saja.

"Mereka hanya perlu ke kaunter disediakan dengan mengemukakan dokumen dan membayar RM10 bagi mendapat kad konsesi berkenaan," katanya,

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor