MEMERHATIKAN gelagat seseorang yang gagal dalam cita-citanya untuk dipilih sebagai pemimpin, memberikan banyak pengajaran bahawa dia akan melakukan apa sahaja atas nama kepentingan diri. Selepas dua pilihan raya umum - PRU-12 dan PRU-13 misalnya menatijahkan kepada umum betapa ghairahnya seorang pemimpin yang merasakan dirinya layak menggunakan apa sahaja kaedah untuk membuli rakyat, termasuk membentuk imej buruk terhadap pemimpin yang dipilih secara sah.
Dr. Sayyid Muhammad Nuh, dalam bukunya Menggapai Reda Ilahi (terjemahan 2000) mengulas mengenai empat belas perkara yang merosakkan umat Islam. Dalam sebab kesepuluh, beliau menjelaskan, keinginan yang terlalu kuat untuk menjadi pemimpin merupakan satu bentuk penyakit yang membawa kepada kehancuran umat, kerana ia adalah suatu sifat yang tercela.
Bersandarkan sebuah hadis Rasullullah SAW, seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: "Demi Allah, saya tidak akan menyerahkan suatu jabatan kepada orang yang meminta untuk diangkat, dan tidak pula kepada orang yang berharap-harap untuk diangkatkan."
Bagaimanapun, kesedaran beberapa orang pemimpin parti pembangkang akan takdir yang tidak memberikan kemenangan besar kepada calon mereka, adalah suatu tahap kesyukuran yang sepatutnya dicontohi oleh seorang lagi pemimpin parti pembangkang yang terlalu kemaruk.
Usaha pemimpin berkenaan untuk meneruskan pemesongan fakta dan membuli rakyat mengambil contoh daripada masalah politik di beberapa buah negara Timur Tengah - daripada Arab Spring hinggalah ke Blackout 505, merupakan satu tindakan yang bukan sahaja boleh dilabelkan sebagai anarkis, bahkan bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri.
Berdasarkan peraturan atau norma politik yang diinstitusikan secara sah, sesebuah parti yang menang tipis atau menang besar - diberikan peluang untuk melaksanakan setiap aku janjinya dalam tempoh selama lima tahun.
Sindrom membuli rakyat tidak sepatutnya berlaku, kerana rakyat sudah pun membuat keputusan tidak memilih pakatan pembangkang sebagai pemerintah. Atas dasar itulah tidak ada sebab pemimpin berkenaan begitu tergesa-gesa 'merampas kuasa', kerana tindakan sedemikian akan menyebabkan kerosakan yang besar.
Meneliti sejarah perebutan kuasa dalam sejarah Islam misalnya telah menyebabkan banyak empayar Islam yang kuat akhirnya lemah dan musnah. Benarkah orang yang mendakwa dirinya sebagai 'penyelamat' mempunyai sentuhan ajaib atau kuasa magis?
Jika yang terdesak mahu memimpin, itu juga merupakan manusia yang nalurinya sedang sakit, maka tidak ada sebab mengapa orang ramai harus percaya dengan kata-katanya. Orang itu sebenarnya bukanlah 'penyelamat' tetapi 'pengkhianat' kerana tidak menghormati kehendak dan keputusan rakyat melalui sistem yang sama.
Cabaran terhadap pemimpin pembangkang agar tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini sebenarnya sebagai pertaruhan besar menguji sejauh manakah mereka menghormati sistem yang sama memberikan ruang untuk menjadi wakil rakyat. Oleh sebab tertekan, takut yang dikendung keciciran dan yang dikejar tak dapat, hampir semua wakil rakyat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Berdasarkan perkembangan tersebut nyatalah bahawa pakatan pembangkang tidak pernah jujur dalam tindakannya. Ia membawa maksud, lebih mementingkan diri dan kuasa, bukan benar-benar berjuang untuk mensejahterakan kehidupan bermasyarakat. Maka, sewajarnya kegilaan pakatan pembangkang untuk meneruskan Blackout 505 adalah sesuatu yang tidak munasabah dan menyusahkan rakyat.
Rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwaan pemimpin pembangkang untuk ditipu sekali lagi, kerana mereka hanyalah tahu bercakap dan mengkritik apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi tidak menyumbang kepada persekitaran hidup yang lebih baik.
Belajarlah daripada krisis politik di Timur Tengah, bukan mudah untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan setelah negara bergolak manakala ramai rakyat terkorban.
Ketika rakyat memperlihatkan penentangan kepada pemerintah, musuh-musuh Islam terus menerpa masuk dengan pelbagai kaedah - daripada propaganda hinggalah menyalurkan bantuan senjata dan kewangan kepada perusuh - kerana mereka mempunyai agenda yang jelas. Mereka mahu menghancurkan Islam dari dalam. Mereka sedar dengan memecah belahkan umat Islam, hegemoni politik dan ekonomi akan menjadi bertambah besar.
Agenda asing memang mahu menjadikan dunia ini berada dalam kongkongannya. Mereka mahukan penguasaan mutlak, dari politik dan budaya hinggalah kepada ekonomi. Mereka menggunakan apa sahaja kaedah, daripada mempengaruhi keputusan badan keselamatan antarabangsa hinggalah melancarkan propaganda.
Wajah baharu 'pembantaian Islam' sedang berlaku, dan di Malaysia sudah menuju ke arah itu. Apabila sesama Melayu bercakaran, yang untungnya bukan Islam, kerana kekuatan Islam sebenarnya terletak di bahu orang Melayu. Setiap orang Melayu adalah Islam, hanya dengan memecahkan kekuatan Melayu agenda memusnahkan Islam akan menjadi kenyataan.
Maka, setiap orang Melayu bukan sahaja mesti sedar, bahkan lakukan tindakan selaras dengan kehendak Islam. Meskipun berbeza pendirian dan pegangan politik, jangan biarkan Islam dihina, diejek dan diperkudakan oleh bukan Islam.
Jangan kerana inginkan kuasa, sanggup menebang pokok yang memberikan kita kenyamanan ketika sinar matahari terik di angkasa. Pokok itulah tempat kita berteduh dan perjalanan untuk menuju negara maju semakin dekat, maka tidak sepatutnya kita hancurkan harapan itu setelah sekian lama berusaha.
Menebang pokok yang rimbun dan tempat kita menumpang teduh adalah satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun yang sayang dan cintakan keamanan dan kedamaian. Jangan kerana marahkan ada semut dan kerengga, maka pokok yang banyak berjasa itu menjadi mangsa. Sebaik-baiknya, musnahkan semut dan kerengga, bukannya menebang pokok. - Utusan

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor