KUALA LUMPUR - Kajian secara menyeluruh akan dijalankan terlebih dahulu bagi melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang baharu bagi mewajibkan pengendali media sosial serta portal berita di negara ini mempunyai lesen seperti di Singapura.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan tergesa-gesa mengikut kaedah Singapura dalam usaha membendung budaya fitnah serta menghasut menerusi saluran itu.
"Perkara ini akan diperhalusi terlebih dahulu menerusi kajian yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kerajaan akan melihat keberkesanan langkah Singapura itu kerana terdapat beberapa aspek yang perlu diperincikan terutama penakrifan maksud portal berita itu sendiri serta isu portal berita yang didaftarkan di luar negara," katanya.
Tambah Ahmad Shabery, isu mewujudkan undang-undang baharu berkenaan tidak akan timbul sekiranya setiap rakyat negara ini lebih bertanggungjawab menggunakan kemudahan media sosial sedia ada.
"Sekiranya media sosial tidak digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman serta menimbulkan kebencian dan fitnah, tidak ada keperluan untuk menyekat kebebasan penggunanya ketika ini.
"Malah secara keseluruhan, rakyat ketika ini dilihat bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial malah bijak menolak sebarang fitnah atau pembohongan yang cuba ditimbulkan mana-mana pihak," katanya.
Namun begitu jelasnya, sekiranya pembohongan menerusi media sosial ini dilihat mampu meracuni fikiran rakyat sehingga mereka melakukan perkara yang tidak rasional, jadi adalah penting undang-undang sebegitu dilaksanakan.
"Kerajaan bagaimanapun tidak akan terburu-buru melaksanakannya tetapi akan mencari jalan bagi menyedarkan rakyat tentang keperluan untuk menggunakan media sosial dengan bijak," katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor