Tokoh ulama terkenal, Abdullah Saamah melahirkan kebimbangan dengan penularan fahaman Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia kebelakangan ini.
Beliau yang juga pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan berkata, fahaman itu jika tidak dibendung mampu merosakkan akidah umat Islam terutama mereka yang taksub dengan sesebuah parti.
Beliau percaya, beberapa pemimpin dalam Pas mempunyai ciri-ciri sebagai pengamal fahaman tersebut yang menyesatkan umat Islam.
"Fahaman ini bahaya besar kepada Islam dan negara ini. Islam akan hancur. Agama adalah tiket kita untuk ke syurga kalau nak pergi ke syurga tetapi tiket kita rosak maka rosaklah.
"Jadi jangan sampai biarkan pemimpin seumpama ini merosakkan tiket kita untuk ke syurga. Namun apa yang merisaukan ada di kalangan mereka ini telan mentah-mentah semua ini kerana menjadi taksub dengan parti dan pemimpin tersebut,".
Abdullah mendedahkan, antara bukti amalan Syiah itu adalah terdapat pemimpin pembangkang secara sembunyi-sembunyi mengamalkan nikah mutaah dan menyimpan batu karbala yang digunakan jika bersolat sendirian.
Selain itu, katanya, pemimpin berfahaman Syiah juga menolak penyatuan dengan UMNO memandangkan parti ini berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.
Menurutnya, kesesatan Syiah kerana mengatakan bahawa para sahabat Nabi SAW adalah kafir dan hanya menerima Saidina Ali r.a.
"Mereka ini zalim apabila mengambil hak para sahabat Nabi seperti itu dan demikian pemimpin seperti ini harus ditolak kerana mampu menghancurkan Islam," katanya.
Beliau berharap, umat Islam membuat pertimbangan wajar sebelum memilih pemimpin dalam kalangan parti tersebut terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor