Pages

Thursday, May 16, 2013

Nurul Ain Mengaku Bukan Tunang Orang


Pengarah, pelakon dan penerbit muda Nurul Ain Nordin, 25, mengaku kecewa apabila gambar majlis pertunangannya dengan Mohd Fazli Abdul Rahim, pemain bola sepak Liga Perdana disebarkan di internet baru baru ini.

Pengarah filem Oh Mak Kau ini berkata, gambar tersebut dirakam dua tahun lalu dan kini tidak membawa sebarang erti kepadanya.

"Memang saya pernah bertunang tetapi hubungan itu putus di tengah jalan begitu sahaja dan ikatan itu tidak diputuskan secara rasmi. Sebenarnya saya malas nak beri kenyataan pasal perkara itu kerana ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Cukuplah kalau saya beritahu, buat masa sekarang saya solo dan tidak menjadi tunangan atau kekasih sesiapa kerana ingin memberi tumpuan pada produk pertama syarikat saya bersama rakan, Star Scope Production Sdn. Bhd." katanya.

Bagi Ain, apa sahaja cerita tentang dirinya yang keluar sebelum filem Oh Mak Kau ditayangkan di pawagam dianggap sebagai satu dugaan.

'Adalah lebih manis kalau cerita-cerita itu menjurus kepada usahanya sebagai pengarah dan penerbit baru yang sedang menimba pengalaman. Kalau asyik keluar cerita yang bukan-bukan tentang diri saya, nanti orang akan anggap saya cari publisiti murahan. Sedangkan, saya lebih senang untuk bercerita tentang produk.

"Apa pun saya bukan jenis yang mengelak daripada kenyataan. Kalau orang tanya, saya jawab. Saat ini saya mohon doa daripada orang ramai agar buah tangan pertama saya itu menjadi."

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor