Pages
▼
Friday, May 17, 2013
Menteri KDN Selar Sikap Biadap Pembangkang
Pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.
Katanya, sistem pilihan raya Malaysia adalah 'first past the post' iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan 'single transferable vote' seperti mana diguna negara-negara republik.
Justeru tegas beliau, isu undi popular yang dijaja pakatan pembangkang dalam mengapi-apikan sentimen penyokong mereka agar turun ke jalanan bagi mencetuskan rusuhan tidak lebih hanya alasan untuk lari daripada hakikat kegagalan.
"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.
"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Janganlah kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, sistem yang telah sekian lama terpakai di negara ini dimomokkan sehingga sanggup mengajak rakyat turun ke jalan raya,"
Ahmad Zahid turut menyelar sikap dwi standard pembangkang yang menolak keputusan rakyat memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pusat, tetapi menerima pula kemenangan mereka di peringkat negeri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor