Pages
▼
Tuesday, April 23, 2013
Pelajar UMP Lemas
Kegembiraan tiga pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama berakhir dengan tragedi selepas dua daripada mereka mati lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah di Maran petang ini.
Mangsa ialah Amir Fahmi Othman dari Pulau Pinang dan Mohd. Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor, yang kedua-duanya berusia 20 tahun.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang.
Katanya, sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dikejarkan bagi menjalankan operasi menyelamat dengan dibantu Unit Penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.
"Kedua-dua mangsa ditemui di lokasi kejadian pada pukul 6.05 petang. Salah seorang mangsa yang juga rakan mereka dipercayai trauma akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) di sini untuk bedah siasat manakala rakannya yang trauma juga dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.
Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor