Pages
▼
Wednesday, April 17, 2013
Nasib Chua Jui Meng
Chua Jui Meng dahulunya pernah menjadi seorang menteri kabinet didalam BN. Tetapi setelah namanya digugurkan dari jawatan menteri, dia mengamuk dan membuat pelbagai helah untuk terus kekal berkuasa.
Akhirnya dia melompat ke dalam pangkuan Anwar Ibrahim. Tetapi langit tidak selalunya cerah. Hasratnya untuk berkuasa rupanya tidak kesampaian. Malah dia terpaksa berperang dengan DAP untuk meneruskan survival politiknya.
Setelah berperang berminggu minggu dengan DAP, akhirnya dia diumumkan Pakatan Rakyat sebagai calon untuk kerusi Parlimen Segamat. Itupun sebab untuk menutup mulutnya dari terus bergaduh dengan Lim Kit Siang.
Kesian orang tua ni. Dah tua tuapun kena bergaduh lagi semata mata nak kekal bertanding. Di mata Anwar, Chua Jui Meng ni tiada nilai langsung. Hanya nak pergunakan namanya sahaja untuk meraih undi. Dan sekarang bila dia dah tak laku, orang tua ni dicampak bagaikan sampah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor