Pages

Thursday, April 11, 2013

CALON PRU: TUNGGU KEPUTUSAN RESMI

Terus beri kepercayaan kepada DS Najib...


Blog AAKJ menulis tentang 'senarai calon BN yang digugurkan' (Klik Sini) Blog berkenaan tidak pasti dari mana sumber berkenaan diperolehi namun percaya bahawa ini adalah khabar angin yang disebarkan oleh pembangkang bagi menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan pemimpin BN supaya akan berlaku sabotaj didalam parti.

PM telah mengungatkan rakyat supaya tetap teguh dibelakangnya dan bersetuju serta menyokong sesiapa saja yang dipilih sebagai calon. Justeru dalam hal calon-calon dalam PRU datang ini sebaiknya kita tunggu pengumuman resmi yang akan dibuat oleh pemimpin tertinggi kita.

Kita harus sedar bahawa pihak pakatan pembangkang sedang dalam dilema berikutan perebutan kerusi diantara mereka, justeru untuk mengimbangi masalah yang mereka hadapi maka mereka cuba melaga-lagakan pemimpin kita dengan isu pencalonan.

Dari senarai 23 nama calon yang dimaklumkan, rakyat melihat  masih ramai diantaranya  yang masih berupaya dan dedikasi berkhidmat untuk rakyat. Walaupun hanya seorang dari ahli parlimen Pahang yang dinamakan dalam senarai berkenaan, kita tetap percaya bahawa PM masih memerlukan sokongan dan bantuan dari mereka yang rapat dan boleh dipercayai untuk membantu beliau dalam meneruskan agenda transformasinya.

Oleh yang demikian, penyokong-penyokong calon tertentu dinasihatkan supaya terus bertenang dan percaya kepada keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti adalah yang terbaik untuk rakyat. Jangan juga percaya kepada khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pembangkang bagi tujuan memecahbelahkan kita.

Pembangkang juga diingatkan supaya menjaga hal-ehwal mereka sendiri terlebih dahulu dari menjaga tepi kain orang lain. Jika kerusi-kerusi mereka masih lagi jadi perebutan dan masih belum selesai. Di Pahang sendiri khabarnya masih banyak kerusi yang melibatkan pencalonan bertindih dan calon-calon yang tidak puashati kerana terisngkir awal.

PKR Pahanglah yang lebih bermasalah ketika ini apabila Azan Ismail, Suhaimi Said dan Ahmad Nizam Hamid adalah antara mereka yang masih memendam rasa akibat kedudukan mereka yang tidak dapat dipastikan. Itu pun tidak termasuk Abdul Kadir  Abdul Manaf @ Pak Jabit yang memang sedari dulu berangan-angan dan dipermainkan oleh kepimpinan tertinggi PKR.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor