Pages

Tuesday, March 26, 2013

Penguatkuasaan Diperhebatkan Demi Pemuliharaan Hutan


PEKAN - Pihak berwajib terutama Jabatan Perhutanan Negeri perlu melakukan penguatkuasaan hutan dengan tegas bagi mengelakkan aktiviti penebangan pokok secara haram terus berleluasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penguatkuasaan undang-undang itu juga perlu bagi memastikan khazanah warisan dunia itu tidak pupus dan terus terpelihara.

"Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberi kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan.

"Memang sukar untuk kita mengelakkan pencerobohan, sebab itu saya seru supaya penguatkuasaan hutan ini dilipatgandakan dan dilakukan dengan teliti," katanya.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan di sini, baru-baru ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri sentiasa meletakkan kepentingan pemuliharaan hutan sebagai agenda utama dalam dasarnya bagi memastikan khazanah alam itu terus terpelihara.

"Kita akan memastikan hutan-hutan yang diteroka ditanam semula pokok untuk mengekalkan jumlah keluasan kawasan hutan di negeri ini. Sebab itu, sehingga kini terdapat kira-kira 57 peratus daripada kawasan tanah di Pahang yang dilitupi hutan," katanya.

Menurutnya, pengekalan hutan boleh menjamin sumber air mentah negeri, memelihara sumber kepelbagaian biologi, baka genetik dan biogenetik serta hidupan liar.

"Isu-isu alam sekitar seperti penjagaan kebersihan dan kualiti air, udara, tanah serta sungai merupakan cabaran-cabaran alam sekitar yang perlu dihadapi.

"Oleh itu, kerajaan dari semasa ke semasa menggubal dasar-dasar dan peraturan yang dapat meningkatkan lagi tadbir urus alam sekitar ini bagi kepentingan rakyat," katanya.

Apa yang penting katanya, setiap rakyat perlu menyokong Kempen Menanam 26 juta pokok bagi mencetuskan rasa sayangkan alam sekitar demi membantu generasi akan datang menikmati kehidupan yang sihat.

3 comments:

  1. cakap pandai..... kat chini ngan tasik chini dah nak gondol dek kerakusan tangan2 manusia perosak... xde dah kedamaian n ketenangan cam dulu2... puiiiii....

    ReplyDelete
  2. En Anon yg Bengong, apa pulak yg dah En buat utk tujuan pemuliharaan hutan? Tentu sangat banyak, kan? Atau hanya cakap saja yg banyak?

    ReplyDelete
  3. Apa yg di katakan oleh enon tu ada pointnya cuba lihat yg tesirat untuk mematangkan pokok ia mengambil masa puluhan tahun bukan tiga atau empat tahun sementara nak menungu pokok tu matang apa akan jadi pada bumi,sungai2 dan hidupan liar rakyat pahang sedar betapa rakusnya hutan2 di Pahang di gondolkan...Tuan forester hendak lah behujah cara profesional usah mudah mengelar orang bengong kalau sendiri pun tak berapa cerdik tanya diri tuan sendiri apa sunbangan tuan dalam memelihara hutan2 di pahang sama ada usaha memulehkan atau sebaliknya....

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor