(Sejak 3.11.2010, 4.30PM)
Hantar maklumat dan artikel ke: editor.pahangku@gmail.com
Tel/Fax: 09-5054180
Pages
▼
Tuesday, March 12, 2013
NURUL IZZAH DEDAH KEBODOHANNYA
Dendam Nurul Izzah Pada Cawangan Khas Polis
Nampaknya, semakin ramai yang menjauhi Pakatan Rakyat apabila
tersebarnya video Nurul Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang
bertugas di Lahad Datu tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan
negara. Kenyataan tersebut dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu
ceramahnya di Lucky Garden Bangsar pada 16 Februari 2013, di mana krisis
Sulu berada di puncak.
Entah dendam, entah memang bodoh si
Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini bila bercakap mengenai
pasukan-pasukan keselamatan negara. Jelas kelihatan bahawa wanita yang
bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara ini, rupanya langsung
tidak punya pengetahuan mengenai pasukan keselamatan negara.
Pertama sekali, dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara,
seorang yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah
terhadap musuh, kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko
kekalahan, sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak
menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.
Keduanya,
seorang yang bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara
wajib membuat kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.
Ketiganya, sesiapa sahaja, tidak semestinya seorang pemimpin
atau yang bercita-cita menjadi pemimpin, wajib mempunyai pengetahuan
mengenai apa yang ingin diperkatakannya, terutamanya di pentas ceramah.
Kegagalan menepati semua syarat ini telah menyebabkan Nurul
Izzah kelihatan amat bodoh serta tidak punya hati perut dalam
memperkatakan tentang nyawa pasukan keselamatan.
Kita hanya
mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan kebodohan dan keceluparan
Nurul Izzah dalam video tersebut di mana beliau mengkritik penghantaran
pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai
‘Polis Hutan’. Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis
dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke
sana adalah tidak relevan sama sekali!!?? Malah, Nurul Izzah juga
menyindir Barisan Nasional kerana tidak membenarkan pengganas komunis
tersohor, iaitu Chin Peng, pulang ke Malaysia.
Selain
‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan
Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah. Menurut
Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’!!?? Justeru,
katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai
Penyiasat!!??
Untuk pengetahuan Nurul Izzah, beberapa pasukan
PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi
Khas dan Pasukan Gerakan Am.
Pasukan Polis Hutan yang
diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut
oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.
Oleh itu, pada tahun 1989, pasukan tersebut telah dirombak fungsinya
daripada menentang pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di
sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti
pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan
pencegahan jenayah.
Sejajar dengan rombakannya, namanya turut ditukar kepada Pasukan Gerakan Am (PGA).
Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati kesemua fungsi PGA,
dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana
sebagai salah atau tidak relevan, menunjukkan yang Nurul Izzah bercakap
kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan yang melayakkan
beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah.
Kenyataan Nurul
Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai langsung
merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai. Apa Nurul Izzah sangka
hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini?
Mentang-mentanglah bapanya ‘ngam’ dengan CIA.
Tidakkah Nurul
Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang berjaya membongkar selera seks
songsang bapanya, mendapat bukti rakaman suara serta menjejaki langkah
bapanya ke pertemuan dengan agen-agen Zionis di seluruh pelusuk dunia?
Mungkin benar Nurul tidak tahu, kerana cerita begini tidak mungkin
diceritakan oleh bapanya sebagai ‘bedtime story’ atau ‘dinner talk’
dalam keluarga mereka.
Untuk pengetahuan Nurul Izzah,
Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari ‘budak hilang’ kerana itu
merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang. Fungsi
Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman dari
dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh
kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara, -
seperti bapa Nurul Izzah dan Nurul Izzah sendiri.
Unit ini
juga bertanggungjawab memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar
maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar
pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini
terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen
Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan
Inteligen Keselamatan.
Jelas, dalam Krisis di Sabah, Unit ini
amat diperlukan bagi pengumpulan maklumat dan kerja-kerja perisikan
yang halus dan sulit. Justeru, jika mereka ini ‘ditukar’ untuk menjadi
‘Penyiasat’ seperti saranan Nurul Izzah, ke mana pula nak dipindahkan
pegawai-pegawai penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis
seluruh negara?
Atau, mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya
gentar dengan penghantaran unit ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti
pendalangan bapanya terbongkar dengan lebih luas lagi? Jika tidak,
kenapakah Nurul Izzah inginkan Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan
risikannya dan kecekapannya ini dimansuhkan saja?
Setakat
ini, kita tahu yang Nurul Izzah mahu polis dikurangkan, dan Cawangan
Khas dimansuhkan, tetapi kita tidak tahu apakah yang Nurul Izzah atau
Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis Sabah, sekiranya mereka yang
menjadi kerajaan. Setakat mengutuk tindakan kerajaan dan pasukan
keselamatan memang mudah, tetapi kata orang, orang yang bijak tidak akan
mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya membentangkan cadangan
penyelesaian yang baik.
Namun, telah terbukti kini yang Nurul
Izzah adalah jauh dari bijak, jadi apalah yang diharapkan darinya.
Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi Nurul Izzah bukanlah
penyelesaian, tetapi bala bencana yang besar kepada negara.
Apapun, kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis kerana
berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan
keluarganya.
Tetapi, kalau ya pun dendam, janganlah ditunjuk
bodohnya pada orang. Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama
wajib dalam kabinet PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali
ini. Tak mungkin rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam
Nurul Izzah. Mana mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang
keselamatan dan pertahanan negara mampu memastikan negara ini selamat
dan sejahtera?
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor