1. Video Youtube ini mengenai Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menolak ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan bersetuju dengan pendirian DAP agar kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain. Kisah tentang Video Youtube ini telah tersebar luas di ceruk-ceruk kampung dan bandar di Kuantan.
2. Rata-rata penduduk Kuantan yang ditemui termasuk penyokong PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan. Berkemungkinan beliau bertindak demikian kerana takut kehilangan undi kaum Cina (Tionghua) dan mahu menjaga hati kaum Cina agar terus menyokong beliau di Parlimen Kuantan pada PRU 13 nanti.
3. Dalam Youtube channel “PKR: Jangan larang guna kalimah Allah dalam Bible”, Fuziah Salleh menyokong kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain kerana mendakwa maksud kalimah Allah berbeza bagi umat Islam dan penganut agama bukan Islam serta kalimah ini telah digunapakai oleh penganut agama lain sejak dahulu lagi.
5. Kenyataan Fuziah Salleh menunjukkan beliau cetek pengetahuan agama Islam dan mengejar 'millage politik' semata-mata. Berkemungkinan beliau tersepit antara mempertahankan Kalimah Allah atau mengejar undi kaum Cina. Akhirnya beliau tergamak menggadaikan Kalimah Allah untuk mengejar kepentingan politik.
6. Rata-rata mereka yang pernah mengundi Fuziah Salleh semasa PRU 12 lalu kecewa di atas pengkhianatan yang dilakukan oleh Fuziah Salleh. Mereka tidak mahu bersubahat menggadaikan Kalimah Allah dan berazam memperbetulkan kesilapan lalu dengan tidak lagi memberi undi kepada Fuziah Salleh dalam PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor