Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini semakin bertambah baik sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilaksanakan tiga tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Angkasapuri di sini hari ini, menghuraikan faktor-faktor tersebut seperti:
- Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun 2012.
- Pendapatan isi rumah bulanan purata meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun 2012.
- Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.
- Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012.
- Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.
- Kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.
- Kemampuan rakyat teramai untuk pergi melancong, mengerjakan umrah, memiliki lebih daripada satu kenderaan dan telefon pintar, pelaburan di dalam unit amanah dan hartanah serta pelbagai lagi.
- Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk lebih enam juta rakyat.
- Kerajaan memperuntukkan RM37.8 bilion untuk membiayai pelbagai subsidi untuk menanggung kos kehidupan seharian rakyat.
Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor