Pages

Thursday, March 7, 2013

DAP PAHANG 'BUNUH' BAHASA MELAYU?


DAP kini ghairah mengadakan ceramah-ceramah dalam Bahasa Mandarin di Bentong Pahang. Sepanduk yang kebanyakkannya tertera tulisan Cina menimbulkan persoalan dan rasa tidak puashati penduduk Bentong terutamanya masyarakat Melayu dan India.

Jelas sekali DAP mengetepikan Bahasa Melayu dan menimbulkan rasa takut penduduk Bentong kerana belum lagi memerintah mereka sudah pinggirkan Bahasa Melayu. DAP menggunakan Bahasa Mandarin semata-mata mahu menarik sokongan kaum Cina dan ini menunjukkan seolah-olah DAP mahu undi kaum Cina sahaja.

Dulu DAP mahu hapus DEB, Hak Keistimewaan Orang Melayu, Tulisan Jawi dan kini DAP seolah-olah mahu 'menghayutkan' Bahasa Melayu pula. DAP berani melakukan semua ini kerana PKR dan PAS tidak marah sebaliknya banyak menyokong dari menentangnya. Apa boleh buat, PKR dan PAS telah 'dikeldaikan' oleh DAP.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor