Pages

Saturday, January 12, 2013

#HKR112 Himpunan Pertahan Islam VS Himpunan Sayang Anwar-Shamshidar

Adakah mereka ini akan berhimpun pertahankan islam seperti mereka pertahankan Anwar Shamshidar ?

Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran sebagai tanda bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang meminta agar kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perhimpunan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan Jati ketika di peringkat akhir untuk mengenal pasti tempat yang paling sesuai. Beliau berkata, Jati menjangkakan perhimpunan tersebut akan dapat menarik kira-kira 30,000 umat Islam yang berjuang untuk mempertahankan kalimah Allah.

"Kita bukan mahu cakap kosong dan berhimpun di surau-surau sahaja, ini adalah perhimpunan terbesar mempertahankan kalimah suci Allah yang khusus untuk orang Islam sahaja.

"Kita akan mengumumkan tempat dan masa dalam tempoh yang terdekat. Oleh itu, kita menyeru supaya orang ramai dapat bersama-sama dengan Jati untuk mempertahankan kalimah suci ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hasan, kini sudah terdapat gerakan yang telah pun menggunakan kalimah Allah di dalam risalah-risalah agama kristian.

"Penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini telah tersebar luas melalui blog dan risalah yang diedarkan kepada orang ramai. Sehubungan itu, kita perlu cepat bertindak bagi mengelak perkara ini terus tersebar.

''Saya menyeru kepada semua umat Islam segera bangkit menentang perkara ini," katanya. - Utusan Malaysia

Yang menjadi persoalan aku sekarang, adakah mereka mereka yang terlibat didalam himpunan pertahankan kemungkaran Anwar - Shamshidar hari ini, akan turut sama berhimpun didalam himpunan pertahan kesucian agama islam.


Kalau menurut pengalaman yang lepas, puak ni walaupun berjubah berjanggut berserban, tapi kalau bab agama, memang liat nak datang. Tapi kalau bab keseronokan dunia macam minta royalti, minta pilihanraya, memang suka sangatlah datang. Pelik aku dengan puak ni.

1 comment:

  1. RUMUSAN DARI PERHIMPUNAN INI..

    1)- Allah SWT ,tidak meredhai aktiviti ini sehinggakan ditunjukkan kecelaruan arah kiblat sebagai tamsilan KECELARUAN HALA TUJU PAKATAN RAKYAT.

    2)- Rakyat Malaysia khususnya sudah sedar akan sifat2 SYAITAN PAKATAN RAKYAT sehingga menjadikan yang Halal menjadi Haram dan sebaliknya..

    3)- Hanya orang2 yang sama pada BERSIH 1 & 2 yang hadir, bahkan semakin kurang.. Yang hadir pun hanya sebab bayaran

    4)- Sikap munafik penganjur benar2 terserlah apabila KANAK - KANAK dilibatkan dalam perhimpunan, sedangkan didalam perjanjian dan pertemuan dengan pihak polis berbagai janji telah di buat..

    5)- ade banyak lagiii akan menyusul

    KESIMPULAN :
    hanya 0.1 % sahaja rakyat Malaysia yang menyetujui PR, dan InsyaAllah PRU 13, mereka ( P.R ) akan berkubur.. amiiiin.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor