Sg Tembeling di Kuala Tahan. Foto sumbangan En. Abdullah
Maklumat Laporan banjir didaerah pedalaman Pahang. Di Kuala Tahan, walaupun hujan sudah sedikit reda namun langit masih gelap. Paras air bagaimanapun masih naik. Bacaan di Jambatan Sungai Ak pada pukul 5.28 petang tadi adalah 68.31. Sumber yang pihak kami dapati dari En. Zainuddin Daman di Kuala Tahan.
Dalam perkembangan lainnya, Cik Noridal melaporkan kedudukan mangsa pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan adalah 158 lelaki dewasa, 167 perempuan dewasa, 83 kanak-kanak lelaki, 76 kanak-kanak perempuan, 5 bayi lelaki, 6 bayi peempuan, 24 warga emas lelaki, 21 warga emas perempuan. Jumlah keseluruhan adalah 543 orang yang melibatkan 177 buah keluarga.
Jalan Bukit Kuin sepanjang 500 meter masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air sedalam 1.2 meter. Maklumat dari Balai Polis Pancing. Demikian dilaporkan oleh En. Hafez PahangKu. Talian Hotline Banjir Majlis Perbandaran Kuantan di 09-5519843 juga dibuka untuk makluman awam.

Pihak PahangKu masih berharap sahabat-sahabat PahangKu dari daerah-daerah lain juga akan mengirimkan maklumat untuk kita maklumkan kepada umum melalui blog PahangKu serta Facebook Fan Page PahangKu dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor