Keadaan banjir di pusat bandar Kuantan semalam
Banjir adalah bencana alam yang berlaku saban tahun, biasanya pada bulan disember terutama dipantai timur Semenanjung. Bukanlah perkara yang menghairankan bilamana penduduk terutama dikawasan pedalaaman terpaksa menanggung kepayahan akibat banjir yang melanda.
Selain kerugian akibat kehilangan harta-benda, bahkan menghadapi kemungkinan kehilangan nyawa keluarga, mereka juga terpaksa bersusah payah berpindah kepusat-pusat perpindahan banjir yang disediakan kerajaan.
Tidak dinafikan pihak kerajaan Barisan Nasional melalui beberapa agensi sentiasa memantau dan memberikan pertolongan kepada rakyat, namun rakyat sendiri diminta sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga sepanjang musim tengkujuh ini.
Rakyat diminta sentiasa mendengar hebahan mengenai keadaan banjir serta amaran dan arahan berpindah yang dikeluarkan melalui radio dan tv atau apabila diminta berbuat demikian bilik gerakan daerah masing-masing.
Paras air di Kuala Tahan pada pukul 12.53 tadi adalah 67.83 meter, iaitu ditahap kuning paras berjaga-jaga. Ramalan cuaca juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Meterologi Malaysia (Klik Sini)
Banjir di Kuala Tahan, akibat limpahan air Sungai Tembeling
Jeti Taman Negara Resort
Pulau Agoh yang sudah ampoh
Bandar Kuantan yang ditenggelami banjir kilat semalam
Sistem pengangkutan lumpuh akibat banjir kilat yang berlaku semalam
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor