Pages
▼
Tuesday, November 13, 2012
Pemgbangkang Hanya Menipu Orang Asli - Adnan Yaakob
YAB Menteri Besar Pahang mengingatkan masyarakat Orang Asli agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap Kerajaan yang ada.
Sebaliknya, mereka hendaklah mengadu terus kepada Kerajaan tentang apa-apa yang mereka tidak puas hati sepertimana yang turut dilakukan oleh seorang Tok Batin tentang kadar dividen rendah yang mereka terima daripada penyertaan dalam rancangan tanah kendalian Pihak Berkuasa Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA).
“Saya terkejut juga sebab ada beberapa tempat, kampung Orang Asli yang mendapat dividen RISDA hanya RM100 sahaja sebulan. Saya ingat ini kecil sangatlah. Dan sayapun faham, RISDA ada ‘constraint’, kekangan dia juga. Ada kos pembangunan dan sebagainya.
“Insya-Allah, kita akan cari jalanlah bagaimana mereka ini dapat dinaikkan sedikit (kadar dividen tersebut). Sebab RM100 boleh beli apa sekarang ni. Dua (2) kali pergi ke kedai habislah,” katanya.
Dato’ Sri DiRaja Adnan turut mengumumkan persetujuan untuk membekalkan kemudahan komputer dan pencetak kepada masyarakat Orang Asli di sini, selain memperbaiki sistem pendawaian di balairaya yang ada.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor