Pages

Monday, November 5, 2012

PAS Semakin Layu


Anwar sedikit gembira dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Asri dalam wacana Sinar tempohari. Kegembiraan Anwar terserlah apabila Dr Siddiq Fadhil yang juga merupakan MENTOR kepada Anwar sudah mendapat tempat dan ruang untuk berkomentar di dada akhbar. Sebab itu, apabila ditanya oleh Sinar siapa yang layak bercakap mengenai topik kaedah menegur pemimpin – Anwar terus menyebut nama Dr Siddiq Fadhil. Walaupun daripada sudut keuntungan politik, menampilkan Dr Muhd Nur Manuty akan menjadi pilihan yang lebih baik.

Apabila sahaja Dr Asri menyebut mengenai kemungkinan PAS bertukar menjadi parti Ayatollah – Anwar adalah antara yang paling awal merasakan keuntungan politik kepada PKR. Pasca 2008, antara projek utama Biro Politik PKR adalah menangani isu ‘ekstremisme’ dalam PAS. Kalau kerjasama politik Anwar-DAP-PAS mahu kekal lama – PAS perlukan satu rebranding yang sangat massive.

Sebab itu, Anwar awal-awal lagi sudah meletakkan Kamaruddin Jaafar di dalam PAS – sedang pemikiran politik KJ ini lebih sesuai di dalam PKR. Strategi jangka panjang ini berjaya, kerana bagi memastikan PAS tidak menjadi sebuah parti yang ekstrim; banyak perkara perlu diperbaiki.

Antara strategi yang diambil Anwar di dalam PAS:-
  • Membicarakan isu-isu politik yang lebih berdasarkan realiti semasa.
  • Membelakangkan sedikit tuntutan terhadap Hudud.
  • Menambah jumlah profesional di dalam PAS (dengan mengasimilasi jentera ABIM, WADAH dan PKPIM ke dalam PAS). Infiltration ini mesti berlaku secara natural dan tidak terlalu dipaksa.
  • Mengetengahkan pemikiran al-Qaradawi sebagai landasan pemikiran baru. PAS terlalu banyak terikut buku fiqh yang lama. Buku Sayyid Qutb dan sebagainya akan membuatkan PAS jauh tertinggal.
  • Menggalakkan PAS dengan strategi ‘Pas for all".
  • Sentiasa mengetengahkan PAS dalam siri ceramah PKR (supaya sinergi dapat dijelmakan).
  • Mengenalpasti beberapa pemimpin PAS yang boleh dijadikan ‘fronting’ kepada perjuangan PKR di dalam PAS.
Setakat ini, Anwar sudah mengurus perkembangan politik Mullah di dalam PAS dengan sangat baik dan positif. PAS sudah menjadi sebuah parti Islam yang lebih mampu ke depan dalam isu-isu yang bukan ‘agama’ semata. Anwar memang mahukan perubahan ini.

Cakap-cakap Dr Asri bahawa PAS menjadi parti AYATOLLAH adalah satu ingatan kepada semua pihak – tidak ada ekstrimis dalam Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS juga wajar adjust perjuangan mereka dengan apa yang Anwar mahukan.

Strategi Anwar mengurus politik Ayatollah ini nampak sangat berjaya. - Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor