Pages
▼
Tuesday, September 4, 2012
UMNO Yakin Tawan Kuantan
KUANTAN - Umno Bahagian Kuantan yakin mampu rampas kembali Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) selepas tewas pada pilihan raya sebelum ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal berkata, keyakinan itu bukan angan kosong kerana setiap ahli Umno terbabit sudah melaksanakan gerak kerja yang baik.
Menurutnya, hasrat untuk menawan semula Parlimen Kuantan adalah cita-cita yang realistik selepas melihat tiada sumbangan positif Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada rakyat Kuantan.
“Parti pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tiada apa yang mereka lakukan untuk manfaat rakyat di sini.
“Justeru, pada PRU13 nanti saya yakin kita boleh menguasai Kuantan berlandaskan komitmen ahli Umno dan sokongan parti komponen yang tidak berbelah bahagi,” katanya.
Mohd Shafei turut mengingatkan pemimpin supaya turun padang kepada rakyat untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Katanya, setiap masalah yang membelenggu rakyat perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin melalui pelbagai cara.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, beliau yakin dan berpuas hati dengan gerak kerja yang dilaksanakan ahli Umno membabitkan semua sayap parti iaitu wanita, pemuda dan puteri.
Katanya, kekalahan pada pilihan raya lalu banyak memberi pengajaran kepada Umno untuk terus bekerja kuat supaya hasrat menawan semula Parlimen Kuantan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor