Pages

Tuesday, August 7, 2012

IBU TUNGGAL MOHON PPRT




KUANTAN – “Sejak berpisah dengan suami empat tahun lalu, saya perlu memikul sepenuh tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak kerana langsung tidak menerima khabar berita daripada dia,” kata Norzilawati Ismail, 30.

Norzilawati bagaimanapun tidak pernah putus asa untuk membesarkan anak-anak, malah merekalah menjadi penguat semangat untuk dia terus berusaha.

Menurutnya, dia bersama dua anaknya berusia 3 dan 6 tahun juga terpaksa menumpang tinggal di rumah ibu bapanya di Bukit Kuin 2, di sini, sejurus selepas berpisah.

“Saya tidak bekerja. Namun sejurus selepas berpisah, saya terpaksa bekerja keras untuk membesarkan anak-anak.

“Pada mulanya memang sukar untuk menerima kenyataan, tetapi lama-kelamaan saya semakin kuat untuk mengharungi hidup. Tambahan pula, ada dua anak yang memerlukan perhatian saya,” katanya ketika Program Ziarah

Kasih Ramadan dilakukan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Paya Besar.

Turut hadir, Ketua Puteri, Norydal Othman.

Norzilawati berkata, pendapatannya sebagai pekerja am di sebuah kilang papan di sini juga hanya sebanyak RM700 sebulan.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk memastikan segala perbelanjaan mencukupi hingga hujung bulan.

Katanya, dia tidak pernah menerima apa-apa nafkah daripada bekas suami menyebabkan dia perlu bekerja lebih keras untuk memastikan segala keperluan anak-anak mencukupi.

Norzilawati berkata, dia hanya berharap dapat tinggal di rumah sendiri dan tidak mahu terus susahkan ibu bapanya, tambahan pula dia tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

“Saya harap ada pihak sudi memberikan saya peluang untuk mendiami rumah mesra rakyat ataupun Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Sebagai ibu tunggal, saya mahu besarkan anak-anak dalam keadaan lebih selesa. Semoga ada ruang dan peluang untuk saya terima bantuan rumah tersebut,” katanya.

1 comment:

  1. Salam,

    Syarikat saya, Jemari Tradisional menjalankan perniagaan Rawatan dan Penjagaan Selepas Bersalin. Kami mengalu alukan ibu ibu tunggal yang berminat untuk bekerja bersama saya. Kami akan mengajarkan mereka cara cara penjagaan tradisional seperti mengurut, memakaikan bengkung, berlulur, bertangas, penjagaan bayi, memasak dan pelbagai lagi...mereka akan di berikan tugas menjaga pelanggan pelanggan dan di bayar lebih dari RM1k sebulan. Sememangnya Jemari Tradisional mementingkan kebajikan membantu ibu ibu tunggal menjalani kehidupan yang lebih selesa. Jika ada yang berminat, sila hubungi Puan Rozita di talian 0122431966. Saya sedia membantu mereka. Terimakasih dan Wassalam

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor