Skuad Sepak Takraw Wanita Pahang |
KUANTAN - Acara Sepak Takraw Wanita bagi temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini menjanjikan peluang buat skuad Pahang mara ke peringkat seterusnya.
Namun, laluan yang perlu mereka tempuhi masih lagi jauh dan perlu mengatasi pasukan Pulau Pinang untuk terus mara ke suku akhir.
Berada dalam Kumpulan A, Pahang turut berentap dengan pasukan Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. Mereka masing - masing perlu berentap sebanyak 4 perlawanan bagi meneruskan ke pusingan Suku Akhir.
Antara penyokong Pahang yang tak jemu memberi sorakkan |
Sehingga malam semalam, pasukan Kelantan mendahului kumpulan A setelah berjaya memenangi 2 perlawanan berturut - turut dan memungut sebanyak 6 mata.
Pulau Pinang pula berada ditangga kedua dengan memperolehi sebanyak 6 mata juga telah melalui 2 perlawanan.
Pahang hanya mampu memungut 3 mata setelah menang dengan Sabah namun mereka tumpas berhadapan dengan Kelantan. Pahang kini masih berbaki 2 perlawanan.
Sokongan Ibu Bapa menjadi pemangkin skuad Sepak Takraw Wanita Pahang |
Sabah bagaimana pun turut berkongsi mata dengan Pahang iaitu sebanyak 3 mata setelah melalui 3 perlawanan manakala Terengganu gagal mengumpul sebarang mata juga sudah melalui 3 perlawanan.
Acara Sepak Takraw Wanita (Berkumpulan) akan bersambung hari ini di Dewan Universiti Islam Malaysia, Kampus Pahang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor