KUANTAN - Diantara acara yang turut dipertandingkan semalam ialah acara Teakwando yang berlansung di gelanggan UMP, Gambang.
Sebanyak 6 acara gelanggang telah dipertandingkan mewakili kategori lelaki dan wanita merangkumi acara Middle Weight, Fin Weight dan Walter Weight.
Bagi kategori lelaki, acara Middle Weight telah dimenangi oleh peserta dari Sarawak. Bagi acara Fin Weight pula dimenangi oleh wakil dari Negeri Kedah manakala acara Walter Weight diungguli oleh peserta dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.
Apa yang menarik perhatian ialah apabila dua wakil dari Negeri Pahang berjaya melangkahkan kaki ke acara akhir yang melibatkan pertandingan Middle dan Fin Weight.
Norhaslinda yang mewakili Pahang bagi acara Middle Weight telah berjaya menumpaskan peserta dari Sarawak seterusnya menyumbangkan pingat emas buat Negeri Pahang.
Malang bagi rakannya, Farah Hanum yang menyertai acara Fin Weight tewas kepada wakil yang juga datang dari Negeri Sarawak.
Namun, usaha ke semua pasukan amat membanggakan kerana mereka saling bantu membanti dan memberi sokongan diantara satu sama lain. Teruskan...
Pemain- pemain taraf kebangsaan mesti lah boleh menang kalau bertanding dengan atlit muda-muda negeri. Tu pasal takde peluang atlit muda nak tunjuk bakat. Awal awal lagi dah kena pukul keluor oleh atlit taraf kebangsaan. Kalau nak tunjuk skill , masuk lah tournament luar negara . Baru leh ade kelas !
ReplyDelete