Pages

Friday, June 8, 2012

Persepsi Buruk Hanya Dikalahkan Dengan Bukti Kejayaan - MB Pahang


KUANTAN - Diantara langkah Kerajaan bagi menangani persepsi buruk pihak pembangkang adalah melalui bukti kejayaan yang telah dicapai sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Demikian yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Pahang dalam satu sidang media yang diadakan baru - baru ini.

Beliau menyatakan adalah sukar untuk menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang sambil menyifatkan ianya adalah satu langkah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menaburkan fitnah sedemikian.

"Sebagai contoh, isu berkaitan dengan 'Durian Runtuh' sebanyak RM 15,000 bagi setiap peneroka yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru - baru ini.

Namun, pembangkang menyatakan, jika mereka memerintah, bukan sepatutnya RM 15,000 tetapi RM 50,000 akan diberikan kepada Peneroka dan perkara ini tidak akan berkesudahan," jelas beliau kepada pemberita.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa golongan seumpama ini hanya mampu ditangani dengan cara meneruskan kerja dan membuktikan kejayaan.

"Sama seperti yang mereka lakukan dimana kritikan terhadap penyenaraian FGVH kini sudah senyap dan tidak berkata apa.

Bermakna, kesimpulan yang dapat dibuat adalah persepsi yang salah ini dapat dikalahkan dengan kita tunjukkan bukti kejayaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor