Pages

Thursday, June 21, 2012

Bangkai Babi - Jaga Sensitiviti Umat Islam


TEMERLOH - Tindakan sesetengah penduduk membawa keluar bangkai babi tanpa menutupnya menimbulkan ketidakselesaan penduduk beragama Islam di sini.

Penduduk, Mohd Faizal Mohamad Ali, 24, berkata, setiap petang dia lihat sendiri sesetengah penduduk bukan Islam membawa keluar babi yang ditembak mereka menggunakan motosikal tanpa menutupnya.

Menurutnya, keadaan menjijikkan itu boleh mengganggu ketenteraman penduduk terutama beragama Islam.

“Kita tidak halang mereka membawa keluar babi, tetapi biarlah dengan menutupnya supaya tidak mengganggu keselesaan orang ramai terutama umat Islam. “Keadaan tersebut juga menyebabkan darah babi itu terpercik di merata-rata hingga terkena orang lain yang mengekori di belakang motosikal,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Daniel Redzuan, 24, berkata, dia kesal kerana difahamkan, kadangkala kepala babi itu dibuang dalam ladang getah hingga menghasilkan bau busuk dan mengganggu keselesaan orang ramai.

Menurutnya, orang ramai tidak marah jika mereka mahu memburu, tetapi mereka juga perlu menjaga sensitiviti umat Islam dengan membuang kepala babi itu di tempat yang jauh atau menanamnya.

“Kita harap umat Islam dapat menerangkan perkara itu kepada rakan beragama lain supaya mereka faham dan tahu menjaga kehormatan agama Islam.

“Kita perlu saling hormat-menghormati supaya tidak menimbulkan salah faham atau sebagainya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor