SUDAH terbukti kini hasrat Pas untuk bermuzakarah dengan UMNO seperti mana yang dicetuskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini hanyalah satu sandiwara.
Biar pun Presiden Pas itu mengatakan parti tersebut bersedia bermuzakarah dengan sesiapa tetapi ia bukanlah dilakukan secara bersungguh-sungguh atau mahu memastikan ia direalisasikan.
Segala-galanya terjawab kelmarin apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah iaitu UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.
Ketiga-tiga syarat ini jelas membuktikan bahawa Pas meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Soal pentingnya muzakarah itu demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam sememangnya tidak ada dalam kamus politik Pas.
Kesediaan Pas membuka pintu untuk muzakarah hanyalah mainan politik bagi menunjukkan keterbukaan parti itu tetapi hakikatnya parti berkenaan tidak ada apa-apa keberanian berbuat demikian.
Ia memandangkan syarat yang ditetapkan oleh Nik Abdul Aziz yang merupakan tokoh paling berpengaruh di dalam Pas jelas menunjukkan apa pun berlaku parti tersebut tidak akan meninggalkan sekutunya, PKR dan DAP.
Sebab itulah, apa pun Pas hendak dilakukan maka penglibatan kedua-dua parti itu akan dibawa bersama.
Tindakan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini pun, sejak bergabung dalam pakatan pembangkang, Pas sudah tidak ada kekuatan apatah lagi untuk berjuang sendirian.
Segala-galanya perlu dirujuk dan mendapat restu kedua-dua parti tersebut, sebab itulah kita menyaksikan Pas sewenang-wenangnya meninggalkan perjuangan negara Islam dan beralih kepada negara berkebajikan.
Malahan baru-baru ini apabila pemimpin Pas bercakap soal hudud, sekali lagi mereka terpaksa menutup mulut apabila pemimpin-pemimpin PKR dan DAP bersuara membantah perkara itu dibangkitkan.
Pas terpaksa akur sahaja kerana masa depan parti itu bukan lagi ada sepenuhnya di bawah kawalan mereka, sebaliknya bergantung kepada PKR dan DAP.
Jika PKR dan DAP tidak bersetuju dengan apa yang hendak dilakukan, maka Pas tidak boleh membantah, begitulah juga dalam soal muzakarah ini.
Sekarang sudah sahlah apabila Pas mahu UMNO menerima PKR dan DAP maknanya, Pas mahu menjaga hati rakan sekutu politiknya itu.
Kalau Pas tidak berbuat demikian, parti itu bimbang, kedua-dua parti berkenaan akan memusnahkan keterujaan Pas untuk bersama-sama menggapai impian menuju Putrajaya.
Sememangnya, sejak awal lagi ramai pihak melihat, Pas tidak ikhlas, ajakan muzakarah hanyalah bermotifkan politik dan satu impian yang tidak akan tercapai selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang.
Sebab itulah, Penganalisis politik, Prof. Mohamed Mustafa Ishak ketika diminta pandangannya berhubung isu muzakarah ini bertanya kepada penulis apakah Pas sudah mendapat restu PKR dan DAP dalam soal itu.
Dan kini ternyatalah sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang, Pas tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Parti itu perlu mendapat persetujuan rakan sekutunya kalau mahu bermuzakarah dengan UMNO.
Biar pun muzakarah itu demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam tetapi bagi Pas itu tidak penting.
Ia kerana apa yang lebih penting Pas tidak disingkirkan daripada pakatan pembangkang kerana parti itu sudah tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Berikutan sikap Pas itu, maka tidak usahlah lagi UMNO melayan sandiwara politik Pas tersebut. Biarlah Pas terus menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
Tambahan pula, ini bukan kali pertama Pas bercadang mahu bermuzakarah dengan UMNO, sudah banyak kali dan ia akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Semua itu berlaku kerana Pas selain tidak ada lagi keberanian politik, sebahagian pemimpin parti tersebut juga lebih mengutamakan usaha merebut kuasa politik dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Ini kerana jika Pas mahu bermuzakarah maka lakukan secara jujur dan ikhlas dengan niat demi Allah SWT, jangan ada helah politik apatah lagi mainan politik yang mengelirukan.
Soal perpaduan Melayu dan umat Islam ini amat penting jika kita tidak mahu orang Melayu terus dilihat sebagai satu bangsa yang tidak boleh bersatu hatta demi untuk kepentingan bersama sekali pun.
Tetapi Pas peduli apa, sebab itulah parti itu tidak sekata dalam soal berkenaan, biar pun kita tidak menafikan ada sesetengah pemimpin Pas ikhlas untuk bermuzakarah dengan UMNO namun mereka tidak ada kekuatan.
Mereka yang cuba bersuara lantang menyokong muzakarah diadakan tanpa syarat akan dicap sebagai boneka UMNO.
Gelaran inilah yang memungkinkan satu ketika dulu usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti ini tidak tercapai.
Dan lebih buruk lagi, pemimpin-pemimpin yang dilihat cenderung hendak berbaik dengan UMNO tersingkir dalam pemilihan parti, manakala pemimpin yang dilihat melakukan perkara yang tidak menyenangi PKR dan DAP dipecat.
Apa pun, sikap terbaru Pas ini, sudah tentulah mengecewakan orang Melayu dan umat Islam yang amat mengharapkan kedua-dua parti itu mencari titik persamaan.
Sepatutnya untuk menjayakan muzakarah antara UMNO dan Pas ini, ia perlu dilaksanakan tanpa syarat dan sekatan, tidak perlu hendak membincangkan agenda siapa terima Islam, siapa tolak Islam. Sebaliknya tumpukan perhatian kepada apa yang boleh dilakukan untuk melihat umat Islam di negara ini bersatu.
Namun segala-galanya kini sudah tidak bermakna lagi kerana Pas sudah terbukti tidak ikhlas untuk berbaik-baik dengan UMNO.
Bagi Pas, memburu kuasa politik adalah jauh lebih penting daripada memikirkan bagaimana kekuatan politik yang ada di kalangan orang Melayu diperkukuhkan.
Pas bukannya tidak tahu bagaimana dalam senario politik sekarang golongan minoriti di sesuatu kawasan akan menjadi penentu kepada survival politik orang Melayu sama ada calon itu daripada UMNO mahupun Pas.
Itu baru dari segi undi di mana sudah ada tanda-tanda bahawa orang Melayu terpaksa bergantung kepada ehsan orang lain untuk terus berkuasa, bagaimana kalau selepas ini kita terus lemah? Apakah kita juga terpaksa mengemis demi meneruskan kehidupan di tanah air sendiri.
Tetapi apakah Pas peduli? Sudah pasti tidak kerana sebahagian pemimpin-pemimpin parti itu sudah dikuasai oleh politik kepartian yang berlebihan.
Bagi mereka, kalau hendak berunding dengan orang lain biar pun bukan seagama dan sebangsa tidak perlu syarat kononnya atas nama tahaluf siyasi tetapi kalau dengan UMNO yang pemimpin dan ahlinya orang Melayu dan beragama Islam, maka perlu ada syarat. Inilah kecelaruan politik Pas yang semakin ketara!
10 bukti PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan Nik Aziz Bapa Kafir
ReplyDelete1. PAS haramkan lembu-lembunya menghadiri himpunan sejuta umat tetapi siap bagi duit untuk perusuh.
2. Tanpa bersyarat,PAS terus bekerjasam dengan DAP yang menentang islam.
3. PAS menyokong dan mendewakan peliwat,penzina dan penyokong murtad.
4. Portfolio agama di P.Pinang dan Selangor dipegang oleh PKR dan bukan PAS. DAP dan PKR sendiri tidak mengiktiraf PAS sebagao parti islam.
5. Portfolio Halal di P.Pinang dipegang oleh DAP.Mungkin lepas ni Hadi Awang akan kata daging babi adalah halal,macam video itu besi.
6. Islam ajak umat bersatu-padu tapi PAS mengajak umat berpecah belah.
7. Islam menyeru umat berwatakan sopan santun tapi PAS menyeru umat memaki hamun,fitnah dan mencarut.Celako punya Nik Aziz
8. Umat islam berpandukan al-quran tapi PAS berpandukan buku jingga keluaran DAP
9. PAS mengalakkan maksiat seperti Mat Sapu bini orang.
10. PAS menggunakan duit yahudi dan duit haram hasil pelacuran dan perjudian dari DAP untuk memusnahkan islam.
Jika perkara di atas tak betul,, minta Nik Aziz dan Hadi Awang bersumpah atas Al Quran dan bukan Kitab buku jingga.