Apa yang kita tahu mengenai Bersih
3.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0?
Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi
antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal
diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan
Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk
mengkaji mengenai penambahbaikan sistem
pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh
jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa
yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
|
-
|
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang
sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar
sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan
menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat
yang sama.
|
Reformasikan Undi Pos
|
-
|
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh
mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen
mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini
kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut
kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
|
Gunakan Dakwat Kekal
|
-
|
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat
kekal
|
Akses Media yang Bebas dan Adil
|
-
|
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media
secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon
bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di
kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh
organisasi media yang mereka wakili.
|
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
|
-
|
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah
tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
|
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun
diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan
Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan
sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan
transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini
dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah
pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik
sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan
professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin
pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes
penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi
penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih
itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin
menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang
dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan
kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan,
Pengerusi Bersih 2.0.
Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut
kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak
lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak
sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus
huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang
diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun
didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa
perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih
hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain
itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan
pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan
datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar
bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan
menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan
percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal
menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama
seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang
menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya
itu akan diiktiraf sebagai bersih.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor