Pages

Tuesday, May 15, 2012

Peneroka Felda Tolak Pembangkang


FELDA SEBERTAK – Peneroka yang menghalang usaha kerajaan dan Felda meng­agihkan durian runtuh ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Saham adalah peng­khianat apabila cuba mempengaruhi rakan mereka ­supaya ­mengambil tindakan sama.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka boleh menolak pemberian wang tersebut tetapi jangan cuba gagalkan niat kerajaan dan Felda mengagih­kan wang tersebut kepada peneroka lain.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat segelintir peneroka yang menyokong perjuangan parti pembangkang cuba menggagalkan pengagihan wang tersebut menerusi mahkamah.

“Tindakan mereka itu bukan sahaja tidak wajar malah ia merupakan satu pengkhianatan kepada warga peneroka.

“Jika tak mahu terima wang itu kerana ­menganggap ia haram, tidak mengapa bagi mereka ­tetapi jangan halang peneroka lain menerima wang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Wang Durian Runtuh itu kepada 410 warga peneroka Felda semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof; Ketua pemuda Umno Bahagian, Datuk Mohd Azizan Che Omar; Pengurus Felda Zon Bera/Mendi, Azemim Mamat dan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Jamaludin Usi serta Ketua Umno Cawangan, Mohd Zuldin Mat Zin.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan menafikan kononnya dakwaan pihak pembangkang cuba mengelirukan peneroka kononnya kerajaan mempunyai agenda tersembunyi berikutan penyenaraian FGVH.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor