Pages
▼
Tuesday, May 15, 2012
Padah Terlelap
Kuantan - Dentuman bunyi kuat mengejutkan pengunjung dan pekerja di Jalan Mahkota di sini selepas sebuah kenderaan merempuh belakang kenderaan yang diletakkan di jalan tersebut di sini, semalam
Insiden yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi menyaksikan sebuah kereta jenis Wira melanggar belakang kenderaan MPV Perodua Alza sehingga terperosok ke bawah Alza sebelum terseret ke sebuah tiang lampu di hadapan sebuah restoran di jalan itu.
Seorang saksi kejadian yang dikenali dengan nama Borhan, 50an memberitahu, dia berada dalam sebuah premis terdengar bunyi kuat itu lalu dirinya keluar meluru ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.
Menurutnya, kereta Alza itu tidak mempunyai pemandu manakala kereta Wira itu dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30an.
“Saya mengetuk tingkap keretanya dan pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dia memberikan alasan terlelap menyebabkan kenderaan yang dipandunya melanggar belakang kereta terbabit,” dakwanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor