KALAU dihitung jumlah
saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. Maksud Beruang
jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.
Itu sahaja memberikan
gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya
akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang
dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu
ialah patuh kepada undang-undang.
Tapi dalam soal hadir
ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan
Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat
nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam
mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.
Hari pertama kerana
tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi
yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah
menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina
tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang
merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa
susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk
menolak sapina tersebut di mahkamah.
Hal ini sebenarnya
mengingatkan Beruang kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar
terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar
meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi
kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan
politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan
sebagainya kan?
Sekarang Anwar nak
terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut,
takut, ayam?
Begitu juga halnya
dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia,
sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut
telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam mana perbicaraan
nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut
juga ke?
Beruang rasa, semua
ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang.
Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya
dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan
kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.
Kata lawan tetap
lawan?
Isu KBBGate ini bukan
kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua
jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta
yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang
penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan
menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank
sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998
hingga 2000.
Atau sistem kewangan
negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk
memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Dari segi nilai pun
berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar
menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana
Beruang yakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak
mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.
Lebih-lebih lagi bila
dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor