Pages
▼
Wednesday, May 9, 2012
Durian Runtuh Untuk Peneroka - Najib Tun Razak
Rata-rata peneroka terkejut dan tidak menyangka sama sekali dengan pengumuman 'durian runtuh' yang diumum Perdana Menteri di sini hari ini yang menyebabkan kebanyakan warga FELDA berasa bersyukur dan terharu.
Durian runtuh yang dimaksudkan adalah bonus atau imbuhan yang berjumlah RM1.689 billion untuk diagihkan kepada 112,000 warga peneroka.
"Ini bukan BR1M, ini 'Broom' - kata Dato' Seri Najib Tun Razak di hadapan hampir 50 ribu hadirin.
Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.
Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Kedatangan Perdana Menteri ke FELDA Jengka 8 itu disambut dengan kegembiraan warga peneroka FELDA.
Pengagihan durian runtuh tersebut terbahagi kepada tiga (3) fasa. Untuk fasa pertama, RM5,000 buat setiap ketua keluarga dan lagi RM5,000 untuk isteri peneroka. Manakala anak peneroka pula yang berstatus generasi kedua akan menerima nilai yang sama RM5,000.
Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai ‘durian gugur’ iaitu tabung amanah, “blue form” untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.
Najib sambil itu berharap supaya peneroka tidak menjual saham tersebut kerana percaya FELDA yang mengikut rekod telah membawa keuntungan setiap tahun.
"Ini kejayaan kita urus FELDA dan negara" ujar Najib lantas mendapat tepukan gemuruh dari peneroka dan hadirin yang hadir membukti sokongan kuat tanpa berbelah bahagi terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor