Pages

Saturday, May 19, 2012

Datuk Sharkar Gesa Berikan Maklumat Tepat Kepada Rakyat


Pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) perlu memberikan maklumat yang tepat kepada wakil rakyat mengenai masalah penduduk supaya semua tindakan diambil segera dan sampai ke peringkat akar umbi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pegawai Jasa perlu bertindak proaktif mendengar denyut jantung rakyat dan membuat laporan yang telus terhadap semua tindak balas daripada rakyat.

Katanya, dalam zaman teknologi ketika ini, maklumat disebarkan dengan cepat dan rakyat tahu apa yang berlaku serta boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya harap pegawai Jasa memberikan maklumat yang tepat dan telus walaupun ia mungkin pahit untuk ditelan oleh pemimpin parti dan wakil rakyat.

"Mereka tidak lagi boleh berahsia dan membuat laporan yang tidak benar semata-mata untuk menyedapkan telinga dan memuaskan hati pemimpin," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian Ops Tumpu Parlimen Temerloh anjuran Jasa negeri di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong.

Sementara itu, Mohd. Sharkar yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan yang kini disandang oleh Pas boleh dirampas semula jika semua pihak bekerja keras mendampingi rakyat.

Tambahnya, kakitangan agensi kerajaan terlibat seperti Jasa perlu memberi penerangan yang jelas mengenai dasar kerajaan sedia ada supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

"Kita perlu membangkitkan rasa bersyukur di kalangan rakyat kerana pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini tidak datang bergolek," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor