Pages

Wednesday, May 16, 2012

Dasar Perkembangan Ekonomi Seimbang - MB Pahang

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan meneruskan dasar pembangunan ekonomi yang seimbang untuk menjadi negeri maju pada tahun 2020, kata YAB Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.
Beliau berkata bagi tujuan itu, sektor sedia ada seperti pembuatan, pertanian dan perkhidmatan akan diperkukuh dan pada masa yang sama penerokaan sektor pembangunan ekonomi baru seperti bioteknologi dilakukan.
Katanya penubuhan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) mendokong satu daripada dasar yang digariskan oleh kerajaan negeri iaitu memajukan sektor pertanian.
Kegiatan utama LKPP adalah membangun dan menguruskan ladang kelapa sawit secara komersial dan sosial sekitar negeri Pahang.
“Keluasan tanah yang telah dibangun dan diusahakan sehingga Disember 2011 adalah seluas 28,692 hektar,” katanya ketika menjawab soalan YB Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN-Kerdau) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
YB Syed Ibrahim ingin tahu apakah dasar pembangunan ekonomi negeri bagi memacu dan mencapai hala tuju ekonomi negeri Pahang.
Dato' Sri DiRaja Haji Adnan berkata, LKPP juga menguruskan sejumlah 1,700 hektar ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Ladang Warisan dan pendapatan yang diperoleh disalurkan kepada kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan penduduk negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor