Pages

Thursday, May 17, 2012

DAP Buntu Berhadapan Lynas


KUANTAN – Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam kecoh apabila pembangkang masih mempertikaikan keselamatan projek Lynas, di Gebeng.

Mereka turut berdebat mempersoalkan kebenaran yang diberi kerajaan untuk kilang itu beroperasi walaupun mendapat tentangan.

Dalam perdebatan itu, Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) tidak berpuas hati selepas mendengar penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan, Datuk Ir. Mohd Soffi Abdul Razak (BN-Benta) bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum itu, Syed Hamid Syed Mohamed (Pas-Semantan) mengajukan soalan mengenai projek Pembinaan Stesen Jana Kuasa Elektrik Kecil dan Mitigasi Banjir di Pulau Temerloh dan Pulau Lebak yang didakwa turut mendatangkan bahaya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Mohd Soffi menyebabkan Ngah Ngah bangun untuk bersuara.

Hasrat Ngah Ngah untuk terus berdebat dimatikan dengan jawapan bernas daripada Mohd Soffi.

Dalam penjelasan semalam, Mohd Soffi berkata, peratusan kematian dalam kala-ngan penunggang motosikal di negara ini lebih tinggi berbanding mereka yang mati mengidap kanser disebabkan operasi kilang.

“Mengapa pembangkang tidak mempertikai isu ini, sedangkan kejadian kemalangan berlaku hampir setiap hari. “Sebenarnya kewujudan kilang Lynas tidak menjejaskan sebaliknya hanya dijadikan isu politik,” katanya.

Mohd Soffi turut menegaskan, operasi kilang Lynas dijalankan di negara ini atas faktor kos, bukan kerana Australia tidak mahu mengendalikan projek itu.

“Kita ambil contoh jenama ‘Adidas’, kita lihat ada yang ‘made in Vietnam’ dan Thailand sedangkan kita tahu jenama itu keluaran Jerman. “Produk Jerman dikeluarkan di Vietnam dan Thailand kerana kos di sana lebih murah. Sama jugalah dengan Lynas, kos menjalankan projek itu di negara ini 10 ganda lebih murah berbanding di Australia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor