Pages

Monday, May 28, 2012

Bantuan BN Untuk Semua Rakyat


Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah sesekali melihat faktor kaum atau agama dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dasar tidak pilih kasih BN itu membolehkan semua lapisan rakyat dibantu termasuk kepada kaum minoriti.

"Masyarakat Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum di negara ini adalah semuanya rakyat Malaysia yang sama-sama membangunkan negara dan mereka berhak untuk menikmati pembangunan yang ada pada hari ini.

"Kerajaan BN akan terus memberikan bantuan kepada mereka agar sama-sama maju dan berdaya saing," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat India yang bekerja di Ladang Tuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai semalam.

Menurut beliau, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berusaha melakukan pembaharuan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila kehidupan semua kaum berkembang maju dan sekali gus dapat membebaskan negara daripada dasar penjajah yang sebelum ini meletakkan orang India tinggal di ladang, Melayu bertani di kampung dan orang Cina bekerja di lombong.

Malah kata beliau, kehidupan masyarakat India di negara ini juga berubah apabila ramai daripada mereka kini bekerja dalam bidang profesional selain berjaya sebagai ahli perniagaan.

Adnan berkata, kerajaan telah membangunkan negara ini dengan melakukan pelbagai transformasi bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih baik dan kerajaan BN juga sedang membawa negara ini menuju era negara maju menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor