Pages
▼
Monday, April 30, 2012
Setia Menjaga Isteri Terlantar
Kasih isteri tiada batasnya. Begitulah besarnya pengorbanan seorang isteri di Kampung Kuala Sentul, di sini, yang tabah menjaga keluarga selepas suaminya terlantar akibat kecacatan anggota badan kekal sejak lima tahun lalu.
Rohani Osman, 41, berkata, suaminya, Mat Yaziz Daud, 52, patah kedua kaki dan tangan, tulang pinggul dan tulang belakang setelah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil upah mengait kelapa sawit di Felda Ulu Jempol.
Menurutnya, mereka mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan bagi menyara kehidupan, dia bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul dengan pendapatan RM450 sebulan.
“Suami kini hanya terlantar di katil dan memerlukan perhatian sepenuhnya memandangkan perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.
“Alhamdulillah, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan ziarah Ahli Parlimen Maran, di sini.
Rohani berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos membeli katil khas berharga RM2,100 supaya suaminya selesa kerana perlu berbaring sepanjang hari. Menurutnya, kerusi roda yang diberikan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) tidak dapat digunakan lagi.
“Walau apa yang berlaku, saya setia di sisi suami dan anak. Saya menerima takdir ini dengan tabah. Ia menguatkan lagi kasih sayang kami tiga beranak dalam menempuh dugaan mendatang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor