Oleh Beruang Biru
KEHADIRAN Anwar
Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012) mudah untuk di fahami
kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang
memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar
yang diketahui umum agak liberal.
Kebetulan ataupun
sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie
kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada
16 & 17 Mac 2012.
Salman Rushdie
dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka
menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan &
bantahan di seluruh dunia Islam.
Antara isi kandungan
buku itu ialah;-
1. Salman menulis,
wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan
seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah
menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
2. Pusat Pelacuran di
Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
3. Salahuddin Al-Ayubi,
Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
- AIDC Blog -
Boikot ITC 2012
Tatkala Anwar Ibrahim
selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, lain pula halnya dengan
bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan yang mengambil langkah
berbeza.
Imran Khan yang juga
pemimpin pembangkang Pakistan tegas & tekad memboikot acara tersebut
sebagai tanda bantahan langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.
Pendirian itu
bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila menggambarkan Imran Khan
sebagai tindakan ahli politik yang bakal menjadi pemimpin diktator.
New Delhi, March 17:
Writer Salman Rushdie, the author of the controversial "The Satanic
Verses", Saturday evening hit out at Pakistan politician Imran Khan
describing him as a "dictator in waiting" at the India Today 2012
conclave in the capital.
- Salman Rushdie,
Author of The Stanic Verses -
Namun demikian dalam
satu undian internet di tribune.com.pk, reaksi positif umum menyebelahi Imran
apabila lebih 70% menyokong ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang
turut membabitkan Salman Rushdie.
Pandangan ramai yang
menyokong Imran Khan itu menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat
Islam, tidak pernah mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah
dilemparkan oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku
karangannya The Satanic Verses.
Najeeb Kashgari Hina
Rasulullah S.a.w
Pada pertengahan
Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah
ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah
segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan
menghina keperibadian Rasulullah s.a.w.
Najeeb, juga dikenali
sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian
Rasulullah s.a.w melalui beberapa penyataan yang jelas menghina &
merendahkan martabat Baginda.
On your birthday, I
shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as
equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a
friend, no more.
On your birthday, I
find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated
others, and could not understand many more.
On your birthday, I
will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source
of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you.
I shall not pray for you.
Tindakan penghantaran
pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang kecaman pembangkang
khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah tersebut sebagai melanggar hak
asasi manusia & melanggar undang-undang.
“Penghantaran pulang
itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu
tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak
daripada proses undang-undang Malaysia”.
- N Surendran, Naib
Presiden PKR -
“Ini sekali lagi
merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk
membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”.
- Fadiah Nadwa
Fikri, Aktivis PKR & Lawyer for Liberty -
Serasi Bersama
Dalam isu Najeeb A
Kashagari & Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang
hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah
s.a.w.
Sedar atau tidak,
dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR
seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.
Anwar tidak kekok
bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran
liberal & terbuka, manakala pemimpin PKR yang lain lebih mengutamakan hak
asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap
Rasulullah s.a.w.
Titik temu di antara
Salman, Kashgari, Anwar & pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme
yang tersemat di hati masing-masing.
Corak pemikiran mereka
bebas & liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor