Oleh Beruang Biru
Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai
pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila
pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan
lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah
palsu.
Sekurang-kurangnya tiga tahap
pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya
beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan
tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.
Rata-rata komen pembaca
internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap
Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah
blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man
of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in
defence of Chinese education.
But we have enough evidence to prove that
behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has
no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)
Sehingga kini tiada penjelasan
lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun
sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.
Malah pemimpin pembangkang PR
yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong
juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk
yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina
untuk PR.
Sikap pemimpin PR itu tidak
sukar untuk difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini
pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup
sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.
Dalam pada itu, adalah wajar
untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang
menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang
cukup keras mempertahankan pendidikan kaum Cina?
Jika Dong Zhong menganggap
penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran,
ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini
ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.
Kita harap selepas ini masyarakat
Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah
terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf
pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil
agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata.
Penipuan begini perlu ambil tindakan,buat lapuran biar polis siasat....puak rasis ini!!!
ReplyDelete