Amaran keras itu dinyatakan penduduk sekitar Balok di sini apabila sering dimomokkan dengan pelbagai fitnah oleh pihak pembangkang.
Menurut salah seorang penduduk, Raja Harif Raja Salim, 58, sejak kerajaan mahu membangunkan kawasan perindustrian Gebeng (juga dikenali sebagai Pelabuhan) pada tahun 1974, pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pihak pembangkang.
"Ketika itu tohmahan dan kata nista pembangkang berlalu begitu sahaja kerana rata-rata orang kampung di sini tidak mudah termakan hasutan mereka.
"Hakikatnya, pembinaan kilang-kilang seperti BASF Petronas, Petronas Chemical MTBE Sdn. Bhd. di Pelabuhan telah membuka lembaran baru kepada penduduk terutama generasi muda dengan pelbagai peluang pekerjaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Balok di sini baru-baru ini.
Katanya yang juga seorang nelayan, kini cerita dongeng pembangkang sekitar 1980-an seperti diulang kembali apabila kerajaan mengumumkan pembinaan kilang Lynas.
"Kalau dulu apa saja yang mereka (pembangkang) tak kata, kilang kimialah, pencemaran sungai, ikan mati dan nelayan tak boleh cari makan sedangkan semua itu tidak berlaku.
"Bila Lynas nak buka, tuduhan yang kami dengar dulu seolah-olah diulang kembali, cuma rentaknya kini lebih 'panas' apabila ia dipolitikkan," katanya yang pernah bekerja di Pelabuhan selama 22 tahun sebagai buruh binaan.
Tambahnya, pembangkang perlu tahu bahawa kehadiran Lynas sebagai anugerah buat penduduk di sini kerana ia membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Bagi Abdullah Mat Ali, 49, cukuplah pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk menakutkan penduduk 40 tahun lalu.
"Jangan sekali lagi hendak memperbodohkan kami kerana apa yang saya perhatikan pembangunan di pelabuhan telah merancakkan sektor ekonomi di sekitarnya seperti Balok.
"Saya dan rakan-rakan lain merasai pembangunan dan pembaharuan yang dilakukan kerajaan.
"Cukuplah kami yang bekerja sebagai nelayan tetapi kami tidak mahu anak-anak mewarisi pekerjaan itu," katanya yang mempunyai enam anak.
Abdullah pernah bekerja sebagai buruh binaan di Pelabuhan ketika kebanyakan kilang masih dalam pembinaan pada tahun 1980-an.
APA, SI FAUZIAH NI PAKAR NUKLEAR KE ATAU SAJA NAK TUNJUK PANDAI. PERGI BELAJAR FIZIK DULU DAH KATAM NANTI BARU BOLEH BUKAK MULUT. MASAALAH SIBETINA NISEBENARNYA TAK ADA MODAL, TAPI NAK JADI AHLI POLITIK. WAKIL RAKYAT KANGKONG!
ReplyDeleteMU KOMEN...mu reti sgt ke...dasar macai...wakakak
ReplyDelete