PKR Selangor di
bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat
teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Faktor utama ialah
kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar
umbi.
Keadaan lebih parah
lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal
membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik
Pakatan Rakyat di negeri itu.
Melihat kepada situasi
yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh
dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang
bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.
Rasa hampa yang amat
mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri,
Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli
PKR sudah meninggalkan parti itu.
Ini berikutan
kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki
hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid
Ibrahim.
Persengketaan di
antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli
parti.
Abdul Khalid merasa
kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir
beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun
lalu.
Akibat daripada
tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering
bertelagah.
Sebagai membalas
dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan
perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor
dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.
Azmin pula bersikap
pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh
kroni-kroninya sahaja.
Aktiviti dan program
PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri
Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.
Faktor inilah yang
menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan
untuk meninggalkan parti itu.
Bagi mereka PKR telah
menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi
hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan
menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.
Program-program PKR
tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.
Jika dahulu
ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih
5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat
sukar.
Itu pun disebabkan
kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk
mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.
Jika di tolak faktor
penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.
Kemelut yang melanda
PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana
Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja
termasuk beberapa kawasan kroninya.
Kawasan lain termasuk
Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri
menggerakkan jentera pilihan raya.
Melihat kepada
kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak
terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi
badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.
Salam, ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti, jika benar perkara itu, aku sokong mereka keluar parti dan sehingga parti itu benar-benar tidak wujud.
ReplyDeleteSalam, kita tunggu lihat....
ReplyDeleteSalam, kita tunggu lihat....
ReplyDelete