KUANTAN – Yayasan Pahang (YP) yang sememangnya terkenal dengan segala bentuk bantuan pendidikan bagi manfaat pelajar di negeri ini, telah merangkul anugerah penyumbang khidmat kemasyarakatan terbaik untuk rantau Asia Pasifik.
Anugerah tersebut anjuran Akademi Asia Pacific Business Excellence Standard (APBEST) yang berpangkalan di Hong Kong, telah disampaikan pada satu majlis di sebuah hotel terkemuka di negara itu pada 20 Februari lepas.
Ahli lembaga pengarah YP, Dato’ Law Kee Long yang mengetuai delegasi pengurusan dan kakitangan YP, telah menerima anugerah berprestij itu daripada Pengasas, Akademi APBEST, Prof Ho Kwong Ming Samuel.
Selain anugerah tersebut, menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh yayasan itu hari ini, Pengurus Besar YP, Dato’ Saariah Saad turut merangkul anugerah individu sebagai pemacu tanggungjawab sosial tahunan APBEST (ENG : APBEST social responsibility driver of the year).
Akademi APBEST ialah sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang berperanan membuat penilaian kualiti ke atas pelbagai organisasi di rantau Asia Pasifik ini, sambil membantu organisasi berkenaan untuk menambah-baik urustadbir korporat menerusi piawaian kecemerlangan perniagaannya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor